LAGENDA MODO
Menurut legenda, suatu ketika dulu, penduduk sebuah desa di lembah Jindo diserang oleh harimau berbulu api. Semua penduduk lari menyelamatkan diri menuju ke pulau diseberang dengan menggunakan perahu. Tapi, seorang nenek telah mereka lupakan. Akhirnya dalam keputus asaan, nenek tersebut berdoa kepada dewa laut yang kemudian membelah laut tersebut. Apabila nenek itu sampai dipulau seberang, laut itu kembali bersatu dan dewa laut menghukum penduduk yang melupakan nenek tersebut. Nama nenek tersebut adalah Modo.
PULAU JINDO
Jindo adalah sebuah pulau yang terletak di sebelah barat daya Semenanjung Korea. Pulau ini merupakan pulau utama di Kabupaten Jindo, Provinsi Jeolla Selatan dan termasuk salah satu pulau besar Korea Selatan selain Jeju, Ganghwa dan Geoje. Masyarakat yang mendiami pulau Jindo memiliki kebudayaan dan tradisi yang unik
FENOMENA LAUT TERBELAH
Berlaku dua kali setahun iaitu sama ada Mac atau Mei serta Julai.
Secara saintifik, kejadian itu disebabkan penurunan mendadak paras air laut akibat pertembungan air pasang dan surut secara serentak.
Ia juga disebabkan tarikan graviti antara bulan dan matahari.
Fenomena itu berlaku selama sejam dan mendedahkan sebahagian dasar lautannya yang membentuk laluan menghubungkan daratan Jindo dan pulau sekitarnya.
Menjadi antara acara tarikan utama pelancong ke Korea Selatan, setiap tahun