SELAMAT DATANG KE wowCLICKzone, TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG,SEMOGA APA YANG DIKONGSI DISINI BERMANAFAAT KEPADA ANDA...

KEAJAIBAN DUNIA



Artikel ini adalah mengenai catatan penemuan keajaiban dunia,dimana telah dikumpulkan gambar-gambar dan keterangan mengenai kejaiban dunia..yang mungkin anda ingin tahu kewujudanya..catatan ini diambil dari sumber-sumber website.hehe.


.Angel Waterfall ( Venezuela )

Air Terjun Angel atau Salto Angel adalah air terjun jatuh-bebas tertinggi didunia dengan ketinggian 979 meter (3,212 kaki) dengan jatuh tanpa hambatan sekitar 807 meter (2,647 kaki). Air terjun ini terletak di Rio Caroni, Taman Nasional Canaima, Venezuela
Walaupun pertama kali dilihat di awal abad ke 20, oleh penjelajah Ernesto De Santa Cruz, air terjun ini tidak dikenali dunia hingga ditemui secara rasmi oleh penerbang Amerika, James Crawfod Angel yang sedang terbang mencari kedudukan lombong emas. Pada tahun 1936, James Angel kembali dan mendaratkan pesawatnya berhampiran air terjun. Air terjun ini dinamakan "Air terjun Angel" untuk mengenang penemunya, James Crawford Angel. Suku Indian Pemon menyebut air terjun ini sebagai "Auyan-tepui" ("Aiyan-tepui") yang bermaksud "Gunung Syaitan".
Ketinggian rasminya ditentukan oleh National Geograpic Society pada 1949. Air terjun ini merupakan tarikan pelancong yang terkenal di Venezuela

Great Blue Hole (Belize)

Terletak 60 batu dari kota Belize. Bulatan berdiameter 0.4 kilometer. dalamnya kira-kira 480 kaki atau 145 meter. kedalaman dikatakan faktor menyebabkan warna air menjadi biru tua.lubang biru ini menarik minat kepada penyelam untuk aktiviti diving,dan melihat keajiban dasarnya, Seorang penyelam menemukan mayat penyelam lainnya yang mati terkapar di dasar great blue hole ini. masih lengkap dengan kostum diving dan juga tangki oksigennya.

Pink Lake (Western Australia)

Terletak di Goldfields Esperance, sebuah pulau di Barat Australia,tasik air masin ini,ditemukan pertama kali, oleh Matthew Flinders pada tahun 1802,sehingga kini punca warna air tasik berwarna pink ini, masih belum terungkai
Next Previous Home